Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bilangan mereka yang ketagih judi meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, disebabkan kemerosotan ekonomi yang berlarutan menjadikan penduduk di Korea Selatan mempertaruhkan nasib dengan berjudi, menurut pendedahan satu data rasmi pada Khamis lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.
Pada tahun lepas, seramai 1,113 iaitu 48.2 peratus terlibat dalam perjudian berbanding 925 pada 2015 dan seramai 751 pada 2014, menurut data Health Insurance Review & Assessment Service.
Perbandingan mengikut umur pula, 37.2 peratus atau 422 mereka yang berusia 30an diikuti 32.5 peratus atau 369 (berusia 20an) dan 13.7 peratus atau 155 (40an).
Mengikut jantina, lelaki menyumbang 95.7 peratus (1,065 orang) dan wanita 4.3 peratus (48 orang).
Bagaimanapun, sehingga 2014 purata peratusan rakyat Korea Selatan ketagih judi dianggarkan sebanyak 5.4 peratus daripada jumlah penduduk negara yang berusia lebih dari 20 tahun, ia merangkumi 2.07 juta orang.
Menurut laporan itu, kebanyakan yang mengalami ketagihan tidak mendapatkan rawatan di hospital kerana bimbang dilabel sebagai penjenayah, berdasarkan undang-undang Korea Selatan perjudian adalah satu kesalahan kecuali di Kasino Land Kangwon di Jeongseon, Wilayah Gangwon. - Bernama
14 April 2017 - 13:40
News ID: 823789
Bilangan mereka yang ketagih judi meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, disebabkan kemerosotan ekonomi yang berlarutan menjadikan penduduk di Korea Selatan mempertaruhkan nasib dengan berjudi, menurut pendedahan satu data rasmi pada Khamis lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.